Wednesday, February 10, 2010

Seadanya Aku- Part 24

“Hello.” Sapa Stacy sebaik sahaja menjawab panggilan yang diterima di telefon bimbitnya. Suaranya kedengaran mengantuk. Masakan tidak sejak pukul 3.00 pagi dia membuat video call dengan Nubhan. Tak sangka pula Nubhan akan melayannya sehingga subuh. Seusai solat subuh barulah dia berpeluang untuk tidur. Sepanjang perbualan dengan Nubhan dia langsung tidak berasa mengantuk. Rindunya terubat juga terhadap pemuda itu. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri.

“Stacy, ni Akim la” Ujar Tengku Akim ceria. Nada suaranya perlahan. Cuba menggoda Stacy dengan suara romantiknya.

“Hurm.. nak apa?” balas Stacy malas. Entah apa yang dimahukan oleh Tengku Akim. Dia tidak mahu mencari masalah lagi dengan Nubhan yang pasti akan cemburu apabila mengetahui Tengku Akim menghubunginya. Sehingga ke hari ini dia masih tidak pasti apakah hubungan antara Tengku Akim dan Nubhan. Menurut Nubhan, dia adalah pengawal Akim sahaja. Namun cerita itu meragukannya kerana Tengku Akim seolah-olah mempunyai pertalian saudara dengan Nubhan kerana segala cerita tentang Nubhan diketahui Akim. Tidak mungkinlah seorang putera raja begitu mengambil berat tentang pengawalnya. Terutamanya putera raja sepeti Akim!

“Ala kau ni. Kalau aku call mesti malas je nak cakap cuba kalau abang aku call” Tanpa sedar Tengku Akim telah menyebut perkataan abang. Stacy bingkas bangun apabila mendengar kata-kata Tengku Akim. ABANG? Siapa sebenarnya Nubhan? Tiada siapa yang pernah menghubunginya dengan kerap selain Nubhan. Perasaan ingin tahu mula menyelubunginya.

“Abang? Bila masa pulak aku kenal dengan abang kau” Balas Stacy selamba. Berharap Tengku Akim akan menjelaskan hubungan sebenarnya dengan Nubhan.

“Nubhan tu dah macam abang aku dah. Walaupun dia tu pengawal aku tapi aku anggap dia macam abang aku sendiri.” Ujar Tengku Akim. Nada suaranya sedikit gugup. Stacy tidak perlu mengetahui tentang abang tirinye itu sekarang. Belum masanya lagi. Dia tersenyum sinis. Tunggulah Nubhan. Masa itu nanti kau jawablah sendiri dengan budak kesayangan kau ni.

“Oh.. Stacy ingat kan korang adik beradik.”

“ Hahahahaha. Lawak antara benua mana kau buat ni Stacy? Pengawal tu pula kau nak jadikan abang aku. No way la.” Balas Tengku Akim bongkak.

“Aku call ni sebab nak ajak kau dating ke Inderapura untuk meraikan kepulangan aku dan untuk majlis pertunangan.” Tengku Akim memulakan permainannya.

“Kenapa jemput aku? And siapa yang bertunang?” Balas Stacy. Pelik dengan pelawaan Tengku Akim. Pemuda itu tidak pernah berbuat baik padanya dan pelawaa Tengku Akim itu benar-benar pelik. Pasti ada sesuatu. Tetapi apa?

“Kau kawan aku. So aku jemput la. Kalau kau nak ajak bestfriend kau si Nadia tu pun tak pe. Kalau kau nak aku akan siapkan flight untuk kau. Nak tak? Jom la. At least before kita semua pergi sambung belajar. C’mon have fun.” Tengku Akim memujuk. Stacy harus hadir ke majlis itu unutk menjayakan rancangan bondanya.

“Okay la. Aku datang dengan Nadia. Ada tema ke?” Akhirnya Stacy beralah. Benar juga kata Tengku Akim. Kalau dah start belajar nanti tak ada masa pula nak berseronok.

“Ha macam tu la kawan. Tema? Hurmm. Kau pakai yang macam selalu kau pakai je. Bukan majlis formal pun” Tengku Akim mula seronok. Double happiness nampaknya. Kantoikan Nubhan dan memalukan Stacy dan Nadia.

“Okay la kalau macam tu. Bye” Stacy mematikan talian. Dia menghubungi Nadia untuk memberitahu tentang majlis tersebut.

Tengku Akim tertawa besar. Segala yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar. Dia melangkah menuju ke bilik bawah tanah. Hatinya masih tertanya-tanya perihal ayahandanya. Dia tidak sempat bertanya bondanya perihal itu semalam.

***********************************************************************************

“Makan! Kalau kau tak nak makan. Kau akan mati Adlin!” Panglima Aris menengking Sultan Adlin. Hilang rasa hormatnya terhadap Sultannya itu. Tanpa rasa bersalah dia memanggil Sultan Adlin dengan namannya sahaja. Perkara itu mengejutkan Tengku Akim. Sekelip mata sahaja darjat ayahandanya itu turun. Dia berpaling apabila merasa belakangnya di tepuk. Bonda.

“Akim buat apa kat sini sayang?” Permaisuri Tiara terkejut dengan kehadiran anaknya itu. Tidak menyangka anaknya itu akan turun menjenguk ayahanda tirinya itu.

"Oh.. Akim nak tengok ayahanda je bonda. Kenapa dia dikurung? Ini ke rancangan bonda?” Tengku Akim merenung bondanya meminta penjelasan.

“Sayang. Dia perlu dikurung untuk memastikan bonda dapat memerintah negara ini. Walaupun bukan sepenuhnya. Tapi bonda akan lakukannya sedikit demi sedikit.” Balas Permaisuri Tiara tenang. Dia tahu anaknya itu keliru.

“Bonda tak risau ke kalau Tengku Nubhan tanya nanti. Mesti dia akan pelik dengan kehilangan ayahanda bila dia pulang. Lepas tu nanti di majlis ayahanda tidak ada juga. Bonda nak bagi tahu apa kat dia?” Tengku AKim mula risau. Bimbang rancangan bondanya itu akan diketahui oleh Tengku Nubhan yang ternyata mempunyai pengikutnya sendiri. Perkara itu diketahui apabila bondanya cuba memberi suapan kepada beberapa orang pengawal Tengku Nubhan namun tidak berjaya. Mujur pengawal-pengawal tersebut tidak bertanya lebih lanjut dan bondanya bijak mencipta alasan.

“Pasal Tengku Nubhan nanti pandailah bonda uruskan nanti.” Balas Permaisuri Tiara tenang.

“Kalau Uncle Sabri tanya nanti? Bonda nak jawab apa? Bonda tak risau ke? Akim takut la.” Tengku Akim menyatakan kerisauannya. Ternyata dia kurang bersetuju dengan rancangan bondanya itu.

“Akim tak perlu risau. Tahulah bonda nak buat apa nanti.” Permaisuri Tiara cuba menenangkan anaknya itu.

“Bonda tak akan bunuh ayahanda kan” Tengku Akim merenung mata bondanya mengharapkan kejujuran bondanya.

“Akim.. bonda tak akan buat macam tu sayang.” Belum masanya lagi bisik hatinya. Dia tersenyum untuk meyakinkan anaknya.

*************************************************************************************

“Assalamualaikum!” Jerit Tengku Nubhan sebaik sahaj keluar dari kereta. Riang hatinya apabila mereka selamat tiba di Inderapura. Tengku Riz sekadar tersenyum melihat telatah sepupunya itu. Dia melangkah mendapatkan mamanya yang sudah sedia menunggu di istana Inderapura memandangkan satu majlis meraikan kepulangan mereka akan diadakan.

“Ayahanda mana?” Tanya Tengku NUbhan kepada Panglima Toi yang menantinya di muka pintu.

“Entahla tengku. Menurut permaisuri sultan berangkat ke luar negara. Saya pun tidak sempat bertemu sultan.” Balas Panglima Toi jujur.

Tengku Nubhan terkejut dengan perkhabaran itu. Tangannya pantas mengambil telefon bimbitnya dan mendial nombor telefon ayahandanya. Tidak mungkin ayahandanya berangkat ke luar negara tanpa pengetahuannya. Hampa. Talian tidak bersambut. Kemana agaknya ayahandanya pergi. Hasrat untuk membuat kejutan dengan kepulangannya disambut hampa. Dia melangkah masuk tanpa mempedulikan Tengku Dafi yang memerhatikannya. Walaupun ramai yang menyambut kepulangannya namun hatinya berasa hampa apabila melihat ketiadaan ayahandanya.

Tengku Dafi menjungkitkan bahunya. Dia dan papanya juga pelik melihat ketiadaan bapa saudaranya ketika sampai di Inderapura. Namun apabila mendengar bahawa bapa saudaranya outstation, dia faham. Biasalah tugas sebagai pemimpin negara. Papanya juga sering outstation. Apa agaknya yang bermain di fikiran Tengku Nubhan sehingga tiada mood dengan ketiadaan ayahandanya itu. Akhirnya mereka semua masuk ke istana.

************************************************************************************

“Bonda.” Tengku Nubhan bersalaman dengan Permaisuri Tiara. Dia memandang Tengku Akim sekilas.

“Mana ayahanda?” Tengku Akim terus bangkit dari duduknya apabila mendengar soalan Tengku Nubhan. Hatinya berdebar. Namun melihat ketenangan bondanya dia terus duduk kembali. Gelagat Tengku Akim itu menimbulkan rasa pelik di hati Tengku Nubhan. Apa yang berlaku sebenarnya?

“Bonda, ayahanda mana?” Nada suara Tengku Nubhan sedikit keras.

“Sayang, ayahanda pergi ke luar negara untuk menyelesaikan urusan negara.” Balas Permaisuri Tiara tenang. Hatinya agak berang mendengar nada suara Tengku Nubhan yang sedikit keras apabila bercakap dengannya.

“Kenapa ayahanda tak call? Nubhan try call pun tak dapat? Tak kan tak ada connection pulak kat sana!” Tengku Nubhan mula hilang sabar dengan ketenangan bonda tirinya.

“Hei! Kau ingat bonda nak bunuh ayahanda pulak ke!” Herdik Tengku Akim tiba-tiba. Dia mula hilang sabar mendengar nada suara Tengku Nubhan terhadap bondanya.

Permaisuri Tiara menjeling anaknya tajam. Bimbang anaknya terlepas bicara.

“Apa kau cakap? Bunuh? Aku tak cakap pasal tu pun tadi. Aku tanya kenapa ayahanda tak call dan bagi tahu aku. Itu je.” Tengku Nubhan merenung Tengku Akim tajam. Geram dengan kata-kata yang keluar dari mulut anak muda itu. Kalau sesuatu terjadi terhadap ayahandanya dan itu dilakukan oleh dua beranak itu memang dia tidak akan melepaskan mereka.

“Nubhan..” Permaisuri Tiara cuba menenagkan anak tirinya itu.

“Aku cakap je. Dah kau macam tak faham pulak ayahanda outstation.” Balas Tengku Akim gugup. Dia duduk di sisi bondanya.

“Itu aku tau. Ayahanda akan call aku kalau dia outstation.”Ujar Tengku Nubhan tenang. Tidak guna berkasar. Khabar dari ayahandanya belum diketahui lagi.

“Tak perlu risau. Ayahanda baru call bonda. Dia okay. Nanti kalau ayahanda call lagi bonda akan beri kepada Nubhan.” Pujuk Permaisuri Tiara.

Tengku Nubhan mengangguk faham. Dia beralah. Entah mengapa hatinya risau dengan ketiadaan ayahandanya. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk sedang berlaku namun dia tidak tahu apakah itu.

“Batalkan je majlis tu. Tak perlu kalau tiada ayahanda.” Ujar Tengku Nubhan lalu beredar keluar

No comments: