Wednesday, February 10, 2010

Seadanya Aku- Part 25

“Bonda macam mana ni? Akim dah ajak Stacy.bonda pun dah rancang majlis pertunangan tu kan?” Tengku Akim bingkas bangun dari duduknya sebaik sahaja Tengku Nubhan melangkah keluar dari bilik bacaan tersebut.
“Jangan risau. Tahulah bonda uruskan. Pertama sekali bonda perlu suruh ayahandanya itu menghubunginya.” Permaisuri Tiara bingkas bangun menuju ke bilik bawah tanah dan diikuti oleh Tengku Akim yang masih terpinga-pinga.
Permaisuri Tiara dan Tengku Akim berjalan menyusuri jalan sempit di bilik bawah tanah istana. Jalan yang sempit dan hapak itu menuju ke penjara dimana Sultan Adlin ditempatkan. Keadaan bilik bawah tanah itu sejuk dan gelap. Mereka menuju ke penjara sambil di awasi oleh pengawal-pengawal yang telah mendapat duit suapan daripada Permaisuri Tiara.
“Permaisuri.” Sapa Panglima Aris sambil mencium tangan Permaisuri Tiara. Tindakan itu membuat Tengku Akim tersentak. Tengku Akim pantas mencekak kolar Panglima Aris.
“Hey! Apa kau buat ni ha? Kau ingat bonda aku ni apa? Cukup sekadar tunduk je!” Tempik Tengku Akim. Jeritannya menghingarkan seluruh kawasan bilik bawah tanah. Pengawal-pengawal segera berpaling memandang ke arah Tengku Akim dan Panglima Aris. Permaisuri Tiara turut tersentak dengan herdikan puteranya itu. Dia segera memegang tangan anaknya agar Tengku Akim bertenang.
“Maaf tengku, saya sekadar memberi tanda hormat kepada permaisuri. Itu sahaja.” Balas Panglima Aris tenang. Mukanya merah apabila di herdik oleh anak muda itu terutamanya di hadapan orang bawahan dan permaisuri yang bertakhta di hatinya itu.
“Kalau yer pun tak payah sampai nak cium tangan bonda aku. Kalau betul nak tunjuk hormat apa kata kau cium kaki aku ni. Show your respect Panglima Aris!” Tengku Akim mengherdik lagi. Geram dengan jawapan yang diberikan oleh Panglima Aris.
Panglima Aris tersentak. Hatinya panas dengan herdikan nak muda di hadapannya. Dia menggenggam penumbuk. Namun jelingan tajam Permaisuri Tiara mematahkan niat hatinya untuk menumbuk muka putera kesayangan kekasih hatinya itu.
“Kenapa, kau nak tumbuk aku? Tumbuk la.” Cabar Tengku Akim. Dia merenung Panglima Aris tajam.
“SUDAH!. Pasal hal kecil pun nak bergaduh. Akim, pun satu. Bonda tak ada apa-apa pun dengan Panglima Aris ni. Jangan nak salah sangka pula. Dia dah banyak membantu kita.” Ujar Permaisuri Tiara lembut cuba memujuk hati anaknya itu. Namun jauh di lubuk hatinya ada rasa simpati terhadap Panglima Aris yang semakin mendapat tempat dihatinya.
Tengku Akim mendengus dan terus berlalu. Tanpa menyedari dia melalui penjara tempat ayahandanya ditempatkan.
“Akim. Tolong ayahanda Akim. Keluarkan ayahanda dari sini.” Sebaik sahaja melihat kelibat Tengku Akim, Sultan Adlin terus meluru ke pintu penjaranya. Dia mengeluarkan tangannnya cuba meraih tangan Tengku Akim yang ternyata terkejut dengan jeritannya. Tengku Akim terpaku. Pertama kali dia melihat keadaan ayahandanya. Keadaan Sultan Adlin tidak terurus. Sudah berkumis dan rambutnya panjang dan kusut masai. Langsung hilang gaya seorang sultan.
“Akim. Keluarkan ayahanda dari sini. Bonda dah gila, dia kurung ayahanda di sini.” Rayu Sultan Adlin lagi.
Pada awalnya Tengku Akim mula merapati penjara ayahandanya. Namun langkahnya terhenti apabila Sultan Adlin menggelar bondanya gila.
“GILA? Kau tu yang gila. Sebab kau aku tak ada ayah. Sebab kau bonda jadi pendendam. Sebab kau takhta itu terlepas dari tangan aku, sepatutnya aku yang warisi takhta tu. Tapi sekarang tengok! Takhta tu tak lama lagi akan jatuh ke tangan Tengku Nubhan. Putera yang paling kau sanjungi. Aku? Kau buat tak tahu je. Aku anak kau juga. Oh.. Aku lupa. Aku bukan anak kau. Aku ni cuma ANAK TIRI kau!” Herdik Tengku Akim. Geram . Sengaja di tekankan perkataan anak tiri itu supaya orang tua di hadapannya itu mengerti. Air matanya menitis perih. Sakit hatinya apabila mengenangkan arwah ayahandanya. Memang di akui salah ayahandanya kerana mencuba menjual negara. namun dendam yang telah disemat oleh bondanya itu sejak kecil.
“Apa maksud Akim? Ayahanda tak pernah membezakan kasih sayang ayah dengan Nubhan. Semuanya sama rata sahaja.” Pujuk Sultan Adlin. Tidak menyangka isteri dan anak tirinya berdendam dengannya. Apa yang dilakukan dahulu cuma menegakkkan keadilan. Dia tidak sanggup untuk membiarkan negaranya tergadai ke tangan negara lain. Ini merupakan tanah tumpah darahnya. Tidak mungkin dia akan membiarkan ia terlepas ke tangan orang lain begitu sahaja. Dia merenung ke mata anaknya itu.
“SUDAH!” Jerit Tengku Akim. Dia tidak mahu mengetahui kisah lama keluarganya itu.
*************************************************************************************
Di taman istana, Tengku Nubhan, Tengku Riz, Tengku Dafi, Tengku Mila, Tengku Lufya dan Aishah bermain di gelanggang bola keranjang. Gelak tawa mereka terhenti sebaik sahaja mendengar jeritan yang pelik. Tengku Nubhan dan Tengku Dafi berpandangan. Mereka menuju ke arah jeritan itu diikuti oleh Tengku Riz. Manakala Tengku Mila, Tengku Lufya dan Aishah pula sekadar menjadi pemerhati. Tidak berani menurut langkah tiga orang anak muda itu. Jeritan lelaki yang mereka dengari itu sungguh menakutkan. Jeritan itu dipenuhi dengan api kemarahan. Panglima Toi yang mengawasi mereka sejak tadi sekadar berdiam diri begitu juga dengan Panglima Fazley. Mereka juga tidak pasti apa yang terjadi di istana sejak akhir-akhir ini. Namun pasukan rahsia telah mereka tubuhkan bagi mengetahui apa masalah yang telah melanda mereka. Beberapa orang pengawal yang setia telah diambil bertugas bagi menyiasat tentang perkara itu. Hal itu akan di beritahu kepada Tengku Nubhan.
“Panglima Toi!” Panggil Aishah.
Panglima Toi bergegas menghampiri tiga orang anak gadis itu. Dia berdiri dihadapan gadis genit itu. Kecilnya budak ni. Tak cukup kalsium ni bisik hatinya.
“Ada apa cik Aishah?” Tanya Panglima Toi.
“Jeritan apa tadi tu? Macam dinasour je bunyi dia.” Mukanya pucat lesi sebaik sahaja mendengar jeritan itu.
“Dinasour? Hurmm.. Agaknya la Cik Aishah. Dinasour nak beranak kot. Maybe anak kembar.” Balas Tengku Toi selamba. Tengku Lufya dan Tengku Mila memandang Toi pelik. Biar betul panglima ni?
“Ha? Ada dinasour ke kat sini?” Tanya Aishah sambil menggaru kepalanya pelik. Tengku Mila menggeleng kepala melihat kenaifan gadis bernama Aishah itu. Adoi budak ni, macam mana boleh lepas sambung belajar guna result trial pun aku tak tau. Fail logic!
“Cik Aishah…………” Tengku Mila memulakan bicaranya sambil tersenyum. Dia menyenangi sifat gadis itu. Tidak seperti kakaknya yang sentiasa tidak menyukai orang lain. Perangai kakaknya itu memang pelik. Tiada orang lebih bagus darinya. Itu pendapat Tengku Lufya tentang dirinya sendiri. Perasan bagus all the way.
“Ya Tengku Mila. Tengku tahu ke kat mana sarang dinasour tu? Eh . Dorang tadi tu pergi sana kan? Alamak” Aishah mula kelam kabut. Panglima Toi dan Panglima Fazley tergelak melihat telatah Aishah. Naïfnya budak ni. Aishah menjeling ke arah dua orang Panglima itu.
Adoi budak ni. Tengku Lufya menepuk dahinya. Macam mana la si Dafi boleh ada adik yang ‘blur’ macam ni.
*************************************************************************************
Kapal terbang yang membawa Nadia dan Stacy ke Inderapura selamat mendarat. Mereka tersenyum sendiri. Tengku Akim menyambut mereka di lapangan terbang. Mereka bersalaman. Tengku Akim membawa mereka menaiki limosin menuju ke istana. Stacy dan Nadia terpegun melihat keindahan istana Inderapura yang tersergam indah di hadapan mereka.
“Selamat datang ke Inderapura.” Sapa Panglima Aris mesra. Permaisuri Tiara melangkah turun menghampiri tetamunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur. Mukanya sengaja di maniskan. Nadia yang sudah mengetahui sikap sebenar Permaisuri Tiara mula gugup.
“Hello. Macam mana flight?” Sapa Permaisuri Tiara mesra. Tangannya menyambut salam yang dihulur oleh dua anak gadis itu. Tengku Akim mendapatkan Tengku Mila yang menghampiri mereka.
“Kenalkan, Tengku Mila. Dia ni ermm.. Girlfriend Akim. Yang comot tu Aishah.” Tengku Akim memperkenalkan dua orang gadis yang baru menyertai mereka di pintu masuk istana
Aishah menjeling. Kurang asam punya hantu galah. Comot dia panggil aku. Tengku Mila tersenyum ke arah dua gadis di hadapannya itu. Stacy dan Nadia membalas senyuman. Mereka beransur masuk ke istana. Manakala Panglima Aris mengangkat beg mereka dan menunjukkan mereka bilik yang akan didiami mereka selama 3 hari istana. Nasib baik ibu bapa mereka memberi kebenaran.
Stacy dan Nadia memerhati sekeliling istana yang mewah itu. Perabot dan perhiasaannya antik dan sangat mewah sekali. Mereka terpegun. Tanpa disedari Stacy, dia melalui bilik bacaan dimana Tengku Nubhan dan Tengku Dafi sedang bermain permainan monopoli. Tengku Riz pula sedang membaca buku. Masing-masing tidak menyedari kehadiran tetamu yang amat dikenali oleh mereka itu.
“Ini bilik kalian. Selamat beristirehat. Malam ni majlis akan diadakan. So get a rest.” Panglima Aris menutup pintu bilik tamu dan turun ke bilik bawah tanah untuk melaksanakan tugasnya.
“Malam ni majlis apa? Nak pakai apa?” Tanya Nadia serta merta. Dia memandang Stacy mengharapkan jawapan.
“Jap aku mesej Akim. Lupa pula nak tanya.” Balas Stacy sambil menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Sebaik sahaja mendapat mesej balasan dia tersenyum.
“Akim cakap tema dia sempoi je. Tak payah formal. So t-shirt, jeans and sneakers la.” Ujar Stacy nakal. Disambut tawa Nadia. Haru juga.
Tengku Akim tersenyum sendiri. Habislah korang malam ni. Kejutan istimewa unutk Stacy dan Nubhan sudah dirancang dengan sempurna oleh bondanya.
************************************************************************************
“Wey babe. Kita tak salah majlis ke ni?” bisik Nadia sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan istana. Ternyata apa yang diberitahu Tengku Akim tidak benar sama sekali. Pakaian mereka berlainan dengan pakaian tetamu lain yang memakai gaun yang indah. Apa sebenarnya yang dirancang oelh Akim? Stacy turut memandang ke sekelilingnya. Tetamu-tetamu lain memandang mereka pelik. Cuma mereka berdua sahaja yang memakai jeans, t-shirt dan sneakers. Gaya seperti mahu ke konsert sahaja. Mereka membuang pandangan ke arah Tengku Akim yang tersenyum sinis kepada mereka. Stacy dan Nadia mendengus geram. Baru sahaja ingin melangkah keluar pintu dewan tertutup. Lampu di malapkan.
Tengku Nubhan berdiri di anak tangga paling akhir sekali. Agak kaku kerana tiba-tiba lampu spotlight di arahkan kepadanya. Di satu sudut lain lampu spotlight di arahkan kepada Tengku Lufya yang anggun memakai gaun berwarna hijau muda.
Stacy terpaku. Nubhan!. Nadia memandang ke arah Stacy yang ternyata terkejut dengan kejadian yang berlaku di hadapannya. Akim memang melamapau. Di satu sudut lain Tengku Riz dan Nadia berbalas pandangan. Tengku Riz melongo. Habislah.
“Dipersilakan Tengku Nubhan dan Tengku Lufya!” pembesar suara berbunyi membuat kan Tengku Nubhan tersentak. Apsal pulak ni? Majlis apa yang dirancang oleh bondanya itu. Dia menuruni anak tangga dan mencapai tangan Tengku Lufya. Tidak manis pula jika membiarkan gadis itu. Ayahandanya telah mengajar protocol jika menghadiri majlis.
TENGKU NUBHAN? Apa sebenarnya ni? Stacy memandang Nadia yang mula gelisah. Tengku Riz menghampiri mereka. Dia merenung Tengku Riz tajam. Mereka telah menipunya. Dia mula melangkah keluar, namun dihalang oleh Panglima Aris.
“Saya dengan bangganya ingin mengumumkan pertunangan anak saya Tengku Nubhan dan Tengku Lufya.” Ucap Permaisuri Tiara ceria. Tengku Nubhan terkejut. Bondanya sudah melampau kerana membuat perancangan tanpa memberitahunya.
Stacy semakin gelisah. Apa sebenarnya yang ingin di buktikan oleh kerabat di raja itu. Nadia dan Tengku Riz menghampiri Stacy. Namun langkah mereka terhenti apabila lampu spotlight di arahkan kepada Stacy. Tengku Akim tersenyum. Rancangan berjalan lancar. Mata-mata memandang kearah Stacy yang berdiri di tengah-tengah dewan dengan mata yang berkaca. Hatinya benar-benar terguris.
“STACY!” Tengku Nubhan terkejut dengan kehadiran gadis itu. Bonda memang melampau.

No comments: