Wednesday, February 3, 2010

Seadanya Aku - Part 21

Stacy tersenyum. Kiriman emel daripada Nubhan benar-benar membuat hatinya senang. Ternyata Nubhan benar-benar sayang padanya. Sangkanya rajuk yang berpanjangan itu tidak dilayan rupa-rupanya ratusan emel yang mengandungi kata-kata maaf diterima. Hurmm.. sayang juga rupanya. Hatinya berbisik sendiri. Jari jemarinya mula menari-nari diatas keyboard. Nubhan perlu tahu tentang dirinya sekarang. Maaf pemuda itu diterima. Salahnya juga kerana mudah berkecil hati. Kata-kata maaf daripadanya diutus kepada Nubhan. Sebaik sahaja emel dikirim dia menarik nafas lega. Hatinya terubat kini. Harapannya Cuma satu, Nubhan akan menghubunginya malam nanti.

************************************************************************************

Sejak minggu lalu wajahnya sentiasa muram. Pertelingkahannya dengan Stacy minggu lalu benar-benar mengubah moodnya. Tengku Riz yang sentiasa menemaninya turut rungsing dengan perubahan mendadak sepupunya itu. Puas dipujuk supaya lebih relax namun semuanya dibiarkan sahaja. Walaupun dia tidak mengabaikan pelajarannya, namun perubahan sikap Tengku Nubhan benar-benar merungsingkannya. Ini semua berpunca dari Tengku Akim yang mula menghubungi Stacy. Entah apa yang diinginkan pemuda itu Tengku Riz tidak tahu. Tengku Nubhan pun satu, cemburu tak kena tempat.

“Nubh, dah la tu. Bunga bukan sekuntum” Tengku Riz mula memujuk lagi.

“Urm, kumbang pun bukan sekor Riz.” Wajah Tengku Nubhan kelat.

“Kau nak jeles apa? Akim tu dah ada Mila. Tak kan dia nak Stacy yang bukan anak raja tu. Taste dia tinggi. Nak yang betul-betul sedarjat je.” Tengku Riz masih memujuk.

“Tu yang aku pelik. Dah ada Mila, nak menggedik ngan Stacy. Kalau aku dapat dia memang lebam bijik mata dia.” Tengku Nubhan mengetap bibirnya beram. Tangannya menggenggam penumbuk. Kalau Tengku Akim dihadapannya memang dia akan kenyang dengan penumbuknya itu. Siap kau Akim!

“Dah adik tiri kau tu gedik, kau kena terima je la. Hahahahah.” Tengku Riz ketawa melihat gelagat Tengku Nubhan yang benar-benar geram dengan Akim. Nasib kau lah Nubhan dapat adik macam tu. Dia membuang pandangannya ke tasik dihadapannya. Setiap petang memang itulah tempat lepaknya bersama Nubhan. Pemandangan semula jadi itu benar-benar menenangkan jiwa. Suasananya juga santai.

“NUBHAN!”

Tengku Nubhan dan Tengku Riz berpaling. Siapa pula yang menjerit memanggila namanya itu? Tengku Nubhan bangkit dari duduknya, begitu juga Tengku Riz. Hampir terkeluar biji matanya sebaik sahaa melihat Tengku Lufya melambai-lambai keraha mereka dengan senyumannya. Aduh! Apa pula perempuan ni buat kat sini. Tak kan la belajar dekat universiti yang sama kot. Tengku Nubhan mengeluh. Tengku Riz masih terpinga-pinga. Benarkah apa yang dilihatnya itu? Sangkanya sebaik sahaja melangkah ke Stanford mereka akan bebas dari perempuan gedik itu. Nampaknya semua itu tidak benar sama sekali. Wajah girang Tengku Lufya benar-benar menjengkelkan mereka. Arghh!

*******************************************************************************

“Nubh, I really miss you. Sejak U belajar kat sini U tak pernah call I pun. Even busy sekali pun tak kan la tak sempat call? I rindu dengan U” Tengku Lufya mula merengek-rengek manja. Tengku Riz yang duduk di kerusi tidak jauh dari situ sekadar mencebik. Geli mendengar kata-kata Tengku Lufya. Jika tidak diherdik sebentar tadi, sudah tentu dia mengajak Tengku Nubhan beredar dari taman itu. Ternyata Tengku Lufya lebih cepat bertindak dengan menarik Nubhan dan memalukannya di khalayak ramai.

“Nubhan…” Tengku Lufya mula bermanja. Tangan Tengku Nubhan diraih namun pantas ditarik semula oleh Tengku Nubhan yang ternyata tidak senang dengan aksi manja yang sengaja dibuat-buat oleh Tengku Lufya. Jika dibandingkan antara Lufya dan Stacy memang banyak bezanya. Stacy lebih tenang dan lincah manakala Lufya pula gedik . Faktor itu memang sangat dibenci oleh Tengku Nubhan. Gadis kesayangannya itu ternyata manja namun yidak seperti gadis dihadapannya kini yang terlampau manja hingga ke tahap menjengkelkan. Ahh. Dia benar-benar rindu pada Stacy. Tanpa disedari dia mengeluh.

“Nubhan. Kenapa ni” Tengku Lufya mula menarik tangan Tengku Nubhan.

“Lufya. Please la. Get a life. U datang sini nak belajar or nak menggatal? I tak ada masa nak layan u.” Sebaik sahaja meluahkan rasa tidak puas hatinya, Tengku Nubhan bingkas bangun unutk mendapatkan Tengku Riz. Pulang lebih bagus daripada menghadap perempuan yang tidak reti malu dihadapannya itu.

“Nubh listen. We’ll see what will happen to your girl if you make a step. Once you leave me, I’ll give a call to your mother.. opss STEP MOTHER and tell everything about your girl. Siapa nama dia? Stacy.” Tengku Lufya tersenyum sinis sebaik sahaja melihat Tengku Nubhan mematikan langkah. Dia mula sedar, gadis bernama Stacy itu benar-benar bermakna dalam hidup Tengku Nubhan. Dia tidak akan mengalah. Nubhan harus menjadi miliknya.

Tengku Nubhan berpaling. Matanya merenung tajam kearah Tengku Lufya yang bermain-main dengan rambutnya bersama senyuman sinis yang terukir dibibir. Hatinya panas melihat aksi itu. Gadis itu benar-benar mencabarnya. Dia mengatur langkah menghampiri Tengku Lufya. Tengku Riz yang mula menyedari perang dingin antara Tengku Nubhan dan Tengku Lufya terus bangun dari duduknya menghampiri Tengku Nubhan.

“Well u listen to me. If anything happen to her, I’ll never let you go just like that!” Tengku Nubhan mencekak lengan Tengku Lufya keras.

“Tell your mother then.” Tengku Lufya cuba melepaskan tangannya daripada cengkaman Tengku Nubhan yang mula menyakitinya.

“Bonda nak buat apa dengan Stacy?” Tengku Nubhan mula berang. Ternyata pemergiannya ke sini telah membuatkan bondanya semakin senang untuk bergerak bebas.

“Mana I tahu. In fact, You should know that your mother tak suka you berkawan or ber’couple’ dengan orang kebanyakan macam budak tu”

“That “budak”got name. and her name’s Stacy. Feel free to call her that. It’s a lovely name for a lovely girl like her” Tengku Nubhan melepaskan cengkaman tangannya. Dia beredar bersama Tengku Riz.

“I mean it. Bonda tak kan lepaskan Stacy macam tu jer. You tahu la apa you dapat if you ignore me Nubhan!” Jeritan Tengku Lufya mematikan Lnagkah Tengku Nubhan.

“Fine. We’ll be friend and that’s all. Jangan nak minta lebih” Akhirnya Tengku Nubhan beralah. Dia tidak mampu melakukan apa-apa jika sesuatu berlaku kepada gadis kesayangannya itu. Jarak benar-benar menguji hubungan mereka.

Tengku Lufya tersenyum puas. Kau tak akan lepas dari aku Nubhan. Hatinya berbisik sendiri.

************************************************************************************

Sebaik sahaja tiba di rumah Tengku Nubhan terus menuju kebiliknya. Kejadia di taman sebentar tadi benar-benar menyesakkan otaknya. Kedamaiannya di Stanford nampaknya tidak kekal lama tambahan pula dia terpaksa bertemu dengan Tengku Lufya hampir setiap hari di Universiti. Tangannya menekan butang power di laptopnya. Dia merebahkan badannya di atas katil. Tangannya bermain-main dengan Iphone miliknya. Galeri gambar dibuka. Gambarnya bersama Stacy di rooftop menjadi santapan matanya. Dia tersenyum sendiri. Apa khabar agaknya gadis itu? Masih merajukkah? Dia bangkit.

Sebaik sahaja membuka kotak emel, senyuman terukir di bibir Tengku Nubhan. Nama Stacy tertera sebagai salah seorang pengirim emel. Pantas sahaja dia menekan nama gadis itu. Isi kandungan emel kiriman Stacy membuatkan hatinya kembali berbunga ceria. Hilang masalah yang melandanya sebentar tadi.

“hurm, sayang juga kat aku.” Dia berbisik sendiri. Dia mula menaip emel balas kepada Stacy. Dia kembali bersemangat. Tengku Riz yang mengintai di sebalik pintu sekadar tersenyum. Lega masalah sepupunya itu tidak berpanjangan. Dia beredar ke biliknya. Nadia menantinya dengan perkhabaran baru. Sama seperti Nubhan dan Stacy, Riz berhubung dengan Nadia juga melalui YM. Hampir setiap hari juga mereka berchatting. Cuma sejak seminggu lalu topik perbualan mereka tidak lain tidak bukan tentang badai yang melanda perhubungan Stacy dan Nubhan. Mujur masalah itu cepat selesai, jika tidak terpaksalah dia menjadi pakar motivasi tidak bertauliah kepada Tengku Nubhan dan topik perbualannya dengan Nadia tidak lagi berkisarkan masalah tersebut. Tengku Riz tersenyum sendiri.

No comments: