Tuesday, February 9, 2010

Seadanya Aku - Part 23

“Bonda…..” Tengku Akim melangkah masuk ke istana dengan senyuman ceria. Sebaik sahaja tamat peperiksaan SPM, dia terus mengambil penerbangan pulang ke Inderapura. Perkhabaran baik perlu disampaikan kepada bondanya.

“Lil’ Prince” Permaisuri Tiara terus mendapatkan putera tunggalnya itu. Mereka berpelukan.

“Guess what?” Senyuman nakal terukir dibibirnya.

“What darl?” Permaisuri Tiara mula teruja dengan teka teki yang di mulakan anaknya itu. Dia juga ada berita yang ingin disampaikan kepada anaknya.

“Akim pun dapat lanjutkan pelajaran macam Nubhan bonda.” Ucapnya gembira. Tanpa perlu menunggu keputusan SPM, keputusan Trialnya sudah memadai untuknya melanjutkan pelajaran ke Stanford.

“Congratulations dear. Well nampaknya sama la dengan budak yang digila-gilakan oleh Nubhan tu” Balas Permaisuri Tiara selamba.

“What? Tak kan la. Dia budak biasa je. Tak layak pun nak sambung study ke Stanford” Tengku Akim meleraikan pegangan tangan bondanya. Dia membuang pandangan ke lama istana.

“We have to face the fact. Dia dapat scholarship untuk ke sana. Lagipun result trial dia memang cemerlang. Dia bukan budak biasa seperti yang kita sangkakan.” Balas Permaisuri Tiara tenang.

“Lagipun bukan dia seorang je..” sambung Permaisuri Tiara lagi. Pantans Tengku Akim berpaling menghadap bondanya dengan seribu satu persoalan. Siapa pula yang dapat menyambung pelajaran ke Stanford sepertinya? Nampaknya dunia ini memang kecil bisik hatinya.

“Apa maksud bonda? Siapa lagi yang akan futher study ke Stanford?” Tengku Akim mendapatkan bondanya. Permaisuri Tiara tersenyum.

"Tengku Mila sayang” Senyuman Tengku Akim terukir sebaik sahaja nama kekasihnya disebut namun ia cuma sementara apabila bondanya turut menyebut nama Aishah dan Stacy. Aishah! Apa budak kecik tu nak buat kat sana? Stalker kea pa minah ni? Akim mula kurang senang. Kalau Stacy dia tidak pelik kerana memang sudah diketahuinya tambahan pula gadis itu pernah memberitahunya bahawa dia ingin melanjutkan pelajaran di universiti yang sama dengan abang tirinya. Baginya itu berita baik kerana lebih muda urusannya untuk menyatukan Tengku Nubhan dan Tengku Lufya dengan kehadiran Stacy disana. Tetapi Aishah? Arghh. Memang diakui hatinya mula ada rasa rindu terhadap gadis itu.

“Ayahanda mana bonda?” Tengku Akim melarikan pandangannya kearah ruang tamu istana mencari. Sebaik sahaja melihat senyuman bondanya dia pelik. Ada perkara yang terjadi sepanjang ketiadaannya di Inderapura. Pasti bonda dah jalankan rancangannya itu desis hatinya.

“Ayahanda? Hurmm. Biar bonda fikir sebentar” Permaisuri Tiara berpura-pura berfikir sambil tersenyum.

Tengku Akim meledakkan tawanya. Kelakar pula melihat gelagat bondanya itu. Kalau Tengku Nubhan di hadapannya pasti pemuda itu berang dengan gelagat bondanya itu. Entah kemana perginya ayahandanya itu agaknya.

“Jom bonda bawa Akim tengok dia.” Permaisuri Tiara menarik tangan Tengku Akim ke satu arah. Mereka menuju ke belakang istana dan menuruni tangga ke bawah tanah. Tengku Akim mula pelik. Kepalanya mula dihujani dengan seribu satu persoalan. Setahunya kawasan bawah tanah istana sudah lama tidak digunakan. Dahulu ia menempatkan penjara, namun kini ia sudah ditutup mengap pula bondanya membawanya ke sana? Dia bertambah pelik apabila melihat beberapa pengawal istana turut berada di sana. Apa yang di kawal olehnya. Otaknya mula ligat berfikir. Tak kan lah…

“Ayahanda.” Bisiknya. Tengku Akim memandang ke arah bondanya pelik. Mengapa ayahandanya berada di situ? Adakah itu salah satu daripada rancangan bondanya? Dia memandang ke arah lelaki tua yang berada di dalam penjara bawah tanah itu. Ayahandanya itu kelihatan begitu lemah sekali. Dia menarik bodanya jauh dari situ.

“Bonda, kenapa ayahanda…” Kata-katanya tidak di teruskan apabila melihat Panglima Aris mendekati mereka.

“Tengku” Panglima Aris menyapa. Tengku Akim sekadar mengangguk. Hatinya sebal apabila melihat Panglima Aris selamba meraih tangan bondanya dan membawanya pergi. Apa sebenarnya yang terjadi? Apa yang telah dilakukan oleh bondanya tanpa pengetahuannya. Dia mencuri pandang ke arah Sultan Adlin lagi. Haruskah dia gembira atau kasihan? Lelaki itu banyak berkorban untuknya. Dia mengeluh. Dia sudah berjanji untuk melunaskan dendam bondanya terhadap keluarga itu. Dia bersandar di dinding kawasan bawah tanah yang hapak dan sejuk itu. Bagaimana agaknya Sultan Adlin hidup di situ. Adakah dia dibiarkan sahaja ataupun ada yang menjaganya. Melalui pemerhatiannya banyak juga pengawal yang berkawal di bilik bawah tanah itu. Matanya tertumpu kearah Panglima Aris dan Permaisuri Tiara yang berbual mesra. Apa hubungan mereka? Dia mengetap giginya geram.

***********************************************************************************

“Papa !!” Stacy terus memeluk papanya. Sebaik sahaja selesai majlis perpisahan di asrama petang Sabtu itu dia terus menghubungi papanya. Majlis itu diadakan untuk meraikan hari terakhir pelajar tingkatan lima di sekolah sebaik sahaja selesai peperiksaan SPM disamping mengucapkan tahniah kepada pelajar cemerlang yang berjaya melanjutkan pelajaran lebih awal. Stacy dan Nadia antara pelajar yang diraikan. Ternyata penat lelah mereka mengulangkaji pelajaran tidak sia-sia dan terbalas jua dengan berita gembira yang diterima sehari sebelum SPM tamat.

“Anak papa! Amboi rindu betul ke ni” Usik Encik Mizal apabila Stacy memeluknya.

“Harusla rindu papa” Dia meleraikan pelukan dan mendapatkan mamanya pula. Sebaik sahaja selesai bersalaman dia mengambil begnya dan memasukkannya ke dalam but kereta.

Sayu hatinya sebaik sahaja menempatkan dirinya ke dalam kereta. Rakan-rakanya melambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal. Hampir 5 tahun mereka bersama menelaah, bermain, bergurau dan bergaduh. Segala kenangan itu akan terpahat diingatannya. Kereta papanya meninggalkan kawasan sekolah yang banyak meninggalkan memori kepadanya. Dia termenung sendiri. Dalam sedih ada gembira dihatinya. Tawaran belajar ke Stanford beserta biasiswa tidak akan di lepaskan begitu sahaja. Kegembiraannya berganda apabila Nadia turut menyertainya ke sana. Universiti di mana Nubhan pernah menyatakan harapan agar suatu hari nanti mereka akan belajar bersama. Ternyata impian itu menjadi kenyataan. Dia bersyukur. Berita itu belum disampaikan kepada papa dan mamanya lagi. Pasti mereka gembira. Dia tersenyum sendiri tanpa menyedari Encik Mizal memerhatinya sejak tadi.

“Ha! Tu teringat kat cik abe la tu” Encik Mizal tertawa diikuti isterinya.

“Amboi papa ni. Abe? Hahahahaha. Kalau Nubhan dengar mesti dia gelak. Kelakar pulak kalau panggil dia abe kan? Abe Nubhan. Hahahaha” Stacy tertawa bersama papa dan mamanya.

“Bukan abe Nubhan la. Abe Nubhang!. Hahahahahaha” Puan Sarimah pula menyampuk. Ketawa mereka pecah lagi. Nubhang? Apa punya nama da.

“Mama ni. Dah la.” Stacy akhirnya berhenti ketawa. Kalau Nubhan tahu namanya ditukar menjadi Nubhang pasti terk dia dikerjakan. Pemuda itu suka benar menarik telinganya dan mencucuk pinggangnya. Tambahan pula apabila mengetahui masalah latahnya.

“Eh. Kamu yang mula dulu. Mama tambah je kann..” Puan Sarimah tersenyum memandang suaminya.

“Hehehe. Ma. Orang ada berita baik ni” Stacy merapatkan dirinya ke depan. Encik Mizal tersenyum.

“Nak kahwin ke? Alhamdulillah tak sabar papa nak timang cucu” Encik Mizal tertawa senang. Sudah lama tidak mengenakan anaknya itu sejak Stacy mula sibuk dengan urusan sekolah. Apabila balik di waktu cuti sibuk pula dengan kerja sekolah. Anaknya cukup serius sepanjang tahun ini dengan pelajaran. Dia cukup senang hati dengan sikap anaknya itu. Walaupun gemar bergurau dan bersuka ria namun pelajaran tetap menjadi keutamaannya.

“Papa ni. Bukanlah.” Stacy menjeling papanya. Tak kuasa melayan lawak papanya itu. Dia memandang mamanya.

“Ma. Stacy dapat sambung belajar.” Ujar Stacy tenang. Encik Mizal memandangnya sekilas. Begitu juga Puan Sarimah.

“Alhamdulillah. Kat mana? Eh, result kan tak keluar lagi?” Puan Sarimah gembira dengan berita yang disampaikan anaknya itu.

“Stacy dapat offer macam Nubhan ma. Sambung belajar dengan result trial SPM” Balas Stacy sambil tersenyum.

“Baguslah macam tu. Ingatkan leka bercinta je” Encik Mizal mula menggiat anaknya itu.

“Papa ni. Kitorang bercinta tapi at the same time belajar. Itu tetap keutamaan. Lagi satu masa exam Stacy langsung tak call Nubhan tau. Call mama ngan papa jer. Apa-apa pun terima kasih juga kat Nubhan sebab dia bagi semangat untuk Stacy masa exam pa” Ujar Stacy manja. Sengaja menguji papanya.

“Bagi semangat macam mana tu? Apa papa ngan mama tak cukup bagi semangat ke?” Encik Mizal bertanya dengan nada serius.

“Dia emel kata-kata semangat. Pa, semangat dari pa ngan ma memang tersemat di hati Stacy. Semangat tu bertambah kuat dengan sokongan daripada Nubhan. Semua orang yang Stacy sayang cukup mengambil berat dengan peljaran Stacy. Stacy bersyukur sangat” Balas Stacy jujur.

Encik Mizal dan Puan Sarimah berbalas pandangan. Terharu dengan kata-kata anaknya itu.

No comments: