Monday, February 15, 2010

Seadanya Aku- Part 27

“Maaf, tapi pertunangan ini tak akan berlaku kerana ia di luar pengetahuan saya. Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini.” Ujar Tengku Nubhan tenang sambil menghadiahkan senyuman kepada bondanya serta Tengky Lufya yang bagaikan kekurangan oksigen dengan jawapan darinya.
Tetamu yang hadir berbisik sesama sendiri. Mereka memandang kearah Tengku Lufya yang sudah berubah riak wajahnya. Masing-masing kebingungan dengan pengumuman yang dilakukan oleh Tengku Nubhan sebentar tadi. Apa sebenarnya yang ingin di raikan pada majlis malam ini, mereka tidak tahu. Tiada pertunangan yang akan berlaku.
“Lagipun ayahanda saya juga tidak ada di sini. Saya masih tidak dapat menghubunginya. Tidak mungkin saya akan membelakangi ayahanda saya dengan mengadakan majlis pertunangan tanpa kehadirannya.” Jelas Tengku Nubhan pula.
"Oh. Oh.. ye I tahu, kita tunang after your dad balik kan?” Tengku Lufya tiba-tiba menyampuk. Dia memegang lengan Tengku Nubhan.
“No. that’s not gonna happen. Even my dad is here. I tak akan bertunang dengan you.” Balas Tengku Nubhan selamba, tanpa menghiraukan ratusan tetamu yang hadir yang menumpukan perhatian terhadap ‘drama’ mereka. Rasakan, siapa yang mulakan dahulu? Aku cuma menjalankan watak yang dah korang berikan. Gelak tengku Nubhan dalam hatinya.
Tengku Nubhan mencapai gitar yang dimainkan oleh Stacy sebentar tadi dan berlalu meninggalkan pentas yang masih menjadi tumpuan mata para tetamu. Dia beredar menuju ke dapur untuk mengikut jejak Stacy. Kemana agaknya gadis itu?
*****************************************************************************************************
Stacy berjalan seorang diri di tepi pantai Inderapura. Mujur kawasan pantai itu cerah, jika tidak pasti dia agak takut juga untuk meredahnya memandangkan dia masih baru di situ. Bagaimana agaknya dia akan berdepan dengan Permaisuri Tiara, Tengku Lufya dan Tengku Akim selepas apa yang dilaluinya malam itu. Tidak menyangka pula lagu You Belong With Me nyanyian Taylor Swift boleh terlintas difikirannya di saat dia dipaksa menyanyi tadi. Hurm, padan muka. Nak kenakan aku sangat. Tak ada maknanya aku nak nyanyi lagu pelamin anganku musnah tu. Baik suruh Tengku Lufya yang nyanyi. Gelaknya sendiri. Langkanhnya terhenti sebaik sahaja terlihat bayang manusia di hadapannya. Ah siapa pulak kat pantai malam-malam ni. Jantungnya mula berebar. Stacy berpaling untuk berpatah balik. Baru sahaja ingin membuka langkah seribu bayang tersebut sudah dahulu mengejarnya. Stacy terus memecut laju.
“STACY! Tunggu.” Jerit Tengku Nubhan sebaik sahaja melihat Stacy mula berlari jauh. Dia terus mengejar gadis itu. Pasti dia ketakutan berseorangan di pantai. Sambil menyandang gitar di belakangnya, Tengku Nubhan terus mengejar Stacy.
“Ha? Mana pulak dia pergi ni? Laju betul. Takkan la merajuk sampai hilang.” Hatinya mula risau. Kalau orang suruhan bondanya yang terjumpa dengan Stacy dahulu pasti teruk akibatnya. Dia tahu bonda tirinya itu pasti geram dengan persembahan Stacy yang ternyata sengaja memerli Tengku Lufya dan pengumuman pembatalan pertunangan yang dibuatnya sebentar tadi. Khabar ayahandanya juga masih belum diketahui. Kini gadis kesayangannya pula hilang. Dia mula gelisah.
“Bukk! Ambik kau! Kau jangan ingat aku orang baru kat sini, kau boleh kenakan aku. Cakap siapa yang hantar kau kat sini? Cakap!” Stacy memukul kepala Tengku Nubhan lalu menolak dan duduk di belakang pemuda itu. Dia masih tidak menyedari bahawa lelaki yang dipukulnya itu adalah Tengku Nubhan.
“Ahh… Saya….” Tengku Nubhan mula membuka mulut.
“Ah! Nak tipu ek? Cakap siapa kau?” Belum sempat Tengku Nubhan berkata-kata Stacy sudah menekan tubuh Tengku Nubhan ke pasir sekali lagi.
“Stacy, saya la. Nubhan.” Balas Tengku Nubhan dalam kesusahan. Sakit tangannya akibat di tarik kebelakang dengan kasar oleh Stacy. Gitar yang dibawanya tadi tercampak ketika Stacy menolaknya sebentar tadi. Ganas juga kekasihnya itu.
“Ha? Alamak!” Stacy bingkas bangun. Dia serba salah. Apsal la aku tak check dulu tadi? Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memandang kearah Tengku Nubhan dengan muka seposen. Agak-agak dia marah tak kalau aku buat muka macam ni? Desis hatinya.
“Hei, lain kali nak serang tu periksa dulu. Jangan main sergah jer. Sakit tahu tak?” Ujar Tengku Nubhan. Suaranya sengaja dikeraskan.
Stacy tersentak. Amboi, sedap betul mulut cakap macam-macam. Aku mempertahankan diri jer. Kalau orang jahat tadi, confirm aku selamat. Tak sangka pulak Nubhan. Ala dia fikir sakit dia je, sakit hati aku ni. Stacy merengus marah. Dia merenung Nubhan tajam.
“Ampun Tengku, hamba tahu hamba salah. Lagipun hamba di kawasan Tengku jadi tidak sewajarnya hamba bertindak sesuka hati.” Ujar Stacy selamba. Dia tersenyum sinis. Tengku Nubhan tersengih menyedari kesalahannya. Padan muka kan dah kena batang hidung sendiri bisik hatinya.
Tengku Nubhan menghampiri Stacy cuba menarik tangan gadis itu. Namun lainm pula jadinya.
“Aduh! Woi sakitlah.” Jerit Tengku Nubhan apabila kaiknya disepak dengan kuat oleh gadis kecil itu. Amboi tak puas agaknya belasah aku tadi. Dia mengerang kesakitan manakal Stacy pula sudah melarikan diri sambil tertawa riang. Walaupun sakit hatinya senang dengan tawa riang gadis itu. Setidak-tidaknya dia tahu gadis itu tidak begitu marah dengannya.
Tengku Nubhan duduk memeluk lutut. Merajuk. Dengan harapan Stacy akan memujuknya. Sengaja dibiarkan gadis itu tertawa sendiri manakala wajahnya pula sengaja diseriuskan. Stacy yang perasan perubahan muka Tengku Nubhan terus terdiam . Marahkah? Ah, tak kan lah. Ni mesti nak kenakan aku ni bisiknya sendiri. Dia tersenyum.
“Erm, Nubh….” Nada suaranya kecil seperti ketakutan.
“Hurmm..” Tengku NUbhan membalas malas. Cuba menguji. Menjadi agaknya rancangan merajuknya itu.
“Errr.. saya tak tau nak bagi tau macam mana ni.” Stacy masih lagi takut-taku.
“Kenapa?” nada suara Tengku Nubhan masih lagi acuh tak acuh.
“Kat sebelah awak tu.” Stacy mula mengambil gitar Nubhan yang tercampak sebentar tadi yang tidak jauh darinya. Dia berundur perlahan-lahan kebelakang persis orang ingin melarikan diri dalam keadaan senyap dan berjaga-jaga.
"Ha?” Tengku Nubhan mula gabra. Ada apa pulak kat sebelah aku ni? Hantu ke? Tak mungkin la. Dia tidak berani berpaling. Mukanya masih static menghadap laut. Jantungnya berdegup kencang. Hujung matanya dapat melihat kelibat Stacy yang mengundur dengan perlahan menjauhinya.
“Ada apa Stacy sebelah saya ni?” Jeritnya. Nada suaranya agak gugup. Risau juga apatah lagi setelah melihat Stacy semakin menjauhinya. Apa yang ditakutkan gadis itu sebenarnya?
Stacy tersenyum. Yes! Menjadi juga akhirnya. Namun dia cepat-cepat menukar riak wajahnya menjadi lebih serius.
“Sebelah awak ada ULAR!” sengaja di jeritkan perkataan ular supaya Nubhan bertambah gabra.
“Ha!. AAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaa” Tengku NUbhan bingkas bangun dan memecut lari. Dia berlari menuju kearah Stacy dan memintas gadis itu.
“Woooohooooooooo!! Way to go sayang!.. hahahahaha. Tu kalau tak cukup tanah, pantai kat depan tu boleh lari lagi. Kalau tak cukup juga nanti saya suruh jabatan tanah tambakkan pantai lagi untuk awak lari. Hahahahahaha.” Stacy memegang perutnya menahan tawa. Muka cuak Tengku Nubhan benar-benar mencuit hatinya. Tak sangka pemuda itu sangat takutkan ular. Siapa yang tidak takut?
Tengku Nubhan berpaling sebaik sahaja mendengar tawa Stacy dibelakangnya. Melampau, dia tipu aku! Hatinya menjerit geram. Tak sangka bnegitu mudah dia ditipu oleh Stacy. Dia merenung Stacy tajam manakala nafasnya masih tercungap-cungap. Agak jauh juga dia melarikan diri. Patutla Stacy nak telefon pejabat tanah kalau aku tak cukup tanah nak lari. Dia berjalan menghampiri Stacy perlahan. Manakala Stacy masih lagi tertawa riang. Sebaik sahaja menghampiri Stacy nafasnya mula stabil dan penatnya mula hilang. Siap kau!
Tengku Nubhan menghampiri gigi air dan mengambil botol yang terdampar di tepi pantai. Ish, tak jaga kebersihan betul, keluh hatinya. Dia mengisi sedikt air ke dalam botol itu. Dia meghampiri Stacy perlahan. Stacy masih tidak menyedari kehadiran Tengku Nubhan yang membawa botol berisi air. Stacy meletakkan gitar di tepi kayu sambil menunggu ketibaan Tengku Nubhan.
“Nah! Hahahahahaha.” Tengku Nubhan terus menyimbah Stacy dengan air laut. Mujur sedikit sahaja. Namun ia telah mencetuskan rasa geram dalam diri Stacy yang terkejut dengan simbahan airnya.
“Woi, kurang ajar.” Stacy pantas mengejar Tengku Nubhan. Mereka berlari di tepi pantai Inderapura pada malam itu sambil di temani bulan yang bersinar indah. Gelak tawa mereka memecah keheningan malam.
“Hahahaha. Siapa yang buang saya air dulu ? Eh lupa mana ada awak buat macam tu tadi. saya yang start hahahahaha” Tengku Nubhan tertawa mengusik. Wajah comel Stacy yang tidak berpuas hati dengannya di pandang. Cute betul bila marah desis hatinya.
“ Awak tengok ni. Kasi kering cepat!” Stacy menunjukkan lengan sweaternya yang basah sambil memuncungkan bibirnya.
“Aa?? Fuh.. fuhh.. kejap lagi kering la tu.” Balas Tengku Nubhan sambil menyambung tawanya. Geram sungguh hatinya melihat wajah Stacy yang tidak berpuas hati dengannya.
“Huh!” Stacy beralah. Dia duduk di atas tunggul kayu tempat dia meletakkan gitar yang dibawa oleh Tengku Nubhan tadi. Tengku Nubhan tersenyum dan menghampiri Stacy. Malam ini merupakan malam yang paling seronok baginya, meluangkan masa yang panjang bersama Stacy adalah impiannya kerana sudah agak lama juga tidak bersua dengan gadis itu.
“Maaf Tengku.” Tiba-tiba mereka disapa dari belakang. Tengku Nubhan yang baru melabuhkan punggungnya di tunggul it terus berpaling dan diikuti oleh Stacy.
“ Hawaiian Chicken Pizza yang Tengku order tadi.” Ucap pemuda itu sambil menghulurkan sekotak besar pizza. Tengku Nubhan tersenyum dan bingkas bangun. Dia menarik tangan pemuda itu agar jauh sikit dari situ.
“Terima kasih. Ada mancis tak?” Tanya Tengku Nubhan sebaik sahaja membayar harga pizza kegemarannya. Malam ini dia akan menghabiskan masa bersama Stacy di pantai tanpa gangguan sesiapa. Yang pasti dia sudah berpesan kepada Panglima Toi agar menjaga mereka di pantai. Bimbang pula berduaan sahaja. Namun Panglima Toi cuma memerhati mereka daripada jauh sahaja. Malas mengganggu katanya.
“Ha? Mancis? Lighter ada la.” Ujar pemuda itu sambil menghulurkan lighter miliknya.
“Bagus. Saya ambil ni. Oh ye. Merokok membahayakan kesihatan. Faham!” Ujar Tengku Nubhan tegas.
“Er.. faham Tengku” Balas pemuda itu sambil tersengih-sengih. Kena aku malam ni bisik hatinya. Dia mula melangkah untuk beredar.
“Eh kejap.” Tengku Nubhan mengejar pemuda itu kembali.
“Ada apa Tengku?” Pemuda itu mendapatkan Tengku Nubhan semula.
“Tolong saya cari kayu kering. Boleh?” Tengku Nubhan tersenyum.
“Eh? Tapi saya delivery boy Tengku.” Balas pemuda itu malas. Tak pasal-pasal kena cari kayu api pula.
“ Ha.. Okay la tu. Awak tolong deliver kayu kat saya yer.” Tengku Nubhan menghulurkan not RM 100 kepada pemuda itu.
“Perghh. Cari kayu pun boleh dapat RM 100. Kalau macam ni hari-hari saya hantar kayu kat istana.
“Eh. Saya nak guna malam ni jer. Nak hantar kat istana buat apa? Dah pergi cepat.” Ujar Tengku Nubhan tegas.
“Okie dokie bosh! Nak cari kayu.. nak cari kayu.” Pemuda itu terus beredar menjalankan tugasnya.
Tengku Nubhan terus mendapatkan Stacy namun langkahnya terhenti sebaik sahaj melihat Panglima Toi sedang sibuk berbual dengan gadis itu. Amboi! Pantang aku hilang sekejap, pantas je dia approach.
“Ehem.. tak ada kerja ke?” Tegur Tengku Nubhan.
“Eh Tengku. Saya saja jer borak-borak. Kesian pula kena tinggal sorang” Balas Panglima Toi Selamba.
“Wah kau. dah boleh pergi. Suka hati je. Aku bawak makanan ni. Oh ye, terima kasih tolong bawak air ngan tikar ni.”
“ Saya memang baik Tengku. Kang kalau tak de air kang tercekik pulak” Balas Panglima Toi sambil matanya masih memandang Stacy yang tersenyum. Toi turut tersenyum kearah Stacy.
Ewah! Melebih betul panglima aku yang sorang ni. Tengku Nubhan terus berdiri di sisi Stacy. Stacy tersengih. Geli hatinya melihat Tengku Nubhan yang cemburu itu. Dengan Panglima sendiri pun nak jeles.
“Dah. Awak boleh pergi.” Tengku Nubhan memberi arahan dengan tegas.
“Tak nak ajak saya makan pizza ke?” Tiba-tiba Panglima Toi mendapat idea mengusik Tengkunya itu. Tengku Nubhan menjegilkan matanya.
“Nah kayu Tengku.” Pemuda yang diarahkan mencari kayu meletakkan kayu api tidak jauh dari hamparan tikar milik Nubhan dan Stacy. Air dan pizza sudah tersedia diatasnya. Wah romantic juga Tengku Nubhan ni bisik pemuda bernama Obri itu.
“saya balik dulu Tengku.” Obri meminta diri untuk pulang. Murah rezekinya malam ini. Mencari kayu kering di sekitar pantai bukanlah sukar.
“Hurm, terima kasih” Balas Tengku Nubhan. Obri mengangguk dan terus beredar. Dia sempat menghadiahkan senyuman buat Stacy dan Panglima Toi yang masih tidak berganjak dari situ.
“Amboi.. Tengku romantic betul. Ni reti ke nak pasang kayu api ni?” Panglima Toi mula mengusik lagi. Wajah serius Tengku Nubhan langsung tidak ditakutinya. Stacy tersengih sendiri. Kelakar pula melihat Nubhan yang sudah geram dengan Panglimanya itu.
“TOI!!!!!!. Pergi balik. Isteri awak nak bersalin tu.” Ujar Tengku Nubhan geram.
“Ha? Hurm.. Ai.. ai captain” Balas Panglima Toi persis lagu Spongebob Squarepants. Entah bila masa isterinya mengandung dia pun tidak tahu. Macam mana pula Tengku Nubhan pula yang tahu. Adoii. Apa yang pasti dia akan beredar ke tempat di mana dia mengawasi Tengku Nubhan dan Stacy dari jauh bersama Panglima Fazley. Keselamatan Tengku Nubhan dan Stacy adalah tanggungjawabnya. Panglima Toi mula melangkah untuk beredar malas mengganggu lagi.
“Err.. Panglima. Tolong saya pasang unggun api ni kejap. Hehehehe.” Pinta Tengku Nubhan tiba-tiba. Selepas menyuruh Panglimanya itu pulang dia terus menyusun kayu unutk menyalakan unggun api, namun masih tidak hidup juga.
Panglima Toi tersengih. Dah tahu rak reti, kerek lagi. Dia menghampiri Tengku Nubhan dan tanpa banyak soal terus menyalakan unggun api tersebut. Tanpa mengambil masa yang lama, unggun api itu terus menyala. Dia meninggalkan Tengku Nubhan dan Stacy untuk menikmati makan malam mereka.
Stacy tersenyum sendiri. Senang dengan hubungan baik antara Tengku Nubhan dan Panglima Toi. Setidak-tidaknya masih ada lagi orang yang mengambil berat tentang Nubhan bisik hatinya.

No comments: