Monday, February 15, 2010

Seadanya Aku - Part 26

Wajah Tengku Nubhan semakin merah menahan marah. Tambahan pula melihat senyuman sinis adik tirinya, Tengku Akim yang seperti mengejeknya. Hatinnya bertambah panas dengan pengumuman pertunangnnya dengan Tengku Lufya tanpa persetujuan darinya. Wajah kosong Stacy direnung. Ternyata gadis itu terkejut dengan pengumuman gila yang di lakukan oleh bondanya itu. Dia melangkah menghampiri Stacy namun tangannya di tarik oleh Tengku LUufya yang merenungnya tajam memberi amaran. Tengku Nubhan memandang Permaisuri Tiara sekilas. Stacy berada di kawasan bonda tirinya. Bermakna apa sahaja boleh dilakukan terhadap Stacy.

Stacy memalingkan mukanya saat tangan Tengku Lufya meraih tangan pemuda yang telah melukakan hatinya. Hatinya merintih perih. Mengapa dia perlu ada di saat itu. Mengapa Nubhan sanggup merahsiakan statusnya? Mengapa pula Nubhan akan bertunang dengan gadis bernama Tengku Lufya itu? Dia keliru adakah kerabat di raja itu hendak memalukannya. Dia memandang Nadia dengan pandangan sayu.

“Stacy sabar. Kau tak faham. Ada sebab Nubhan buat macam ni dan pertunangan yang diumumkan sebentar tadi bukan atas kehendak Nubhan. Dia tak tahu pun. Kau percayalah.” Bisik Tengku Riz sebaik sahaja dia menghampiri Stacy yang masih bingung dengan kejadian yang dilaluinya.

Nadia mengangguk setuju manakala Stacy merenung mata Tengku Riz tajam. Mereka tahu tentang semua itu. Kenapa mereka rahsiakannya? Nadia juga. Sahabatnya juga merahsiakan status Nubhan darinya.

“Kau nak aku faham dan percaya lepas apa yang aku lalui ni?” Bisik Stacy dengan nada yang sangat kecewa.

“Aku faham kau marah. Tapi percayalah, diorang buat semua ni untuk kenakan kau dan Nubhan. Bonda tiri Nubhan tak suka dia. Nampak je baik tapi sebenarnya banyak bersengketa.” Jelas Tengku Riz. Dia mengharapkan pengertian daripada Stacy.

Stacy memandang Tengku Riz. Benarkah bonda tiri Tengku Nubhan seperti itu? Jika zaman dahulu mungkin dia akan percaya.

“Okay. Sebagai ‘KAWAN BAIK’ saya, Stacy telahberjanji untuk menyanyikan sebuah lagu untuk ‘ABANG KESAYANGAN’ saya ni sempena pertunangan mereka.” Tengku Akim pula mengambil tempat bondanya membuat pengumuman. Tengku Nubhan dan Stacy tersentak. Bila masa pula aku buat janji ni? Akim dah melampau. Dia memandang Tengku Nubhan yang terpinga-pinga dengan pengumuman yang dibuat oleh Tengku Akim. Benarkah pemuda itu tidak tahu apa-apa seperti yang diberitahu oleh Tengku Riz. Dia berpaling memandang Tengku Riz yang merenung matanya. Tengku Riz tak mungkin berani menatap matanya jika berbohong.

Lampu spotlight dihalakan kearah Stacy yang masih termanggu-manggu di tengah-tengah dewan istana sambil ratusan mata merenungnya. Stacy gugup. Banyak orang kenamaan malam itu. Tengku Akim telah memalukannya dengan membiarkannya berpakaian tidak formal. Akhirnya Stacy melangkah ke pentas dan mencapai gitar. Dia bersedia untuk membuat persembahan. Dia merenung mata Tengku Nubhan. Walaupun hatinya sakit dengan sikap Tengku Nubhan yang merahsiakan status dirinya namun dia perlu memberi sokongan terhadap pemuda itu. Tengku Lufya memang tak layak unutk Nubhan jerit hatinya. Urusannya dengan Nubhan akan diselesaikan kemudian. Siaplah kau! Apa yang penting sekarang ialah luahan hatinya. Nak nyanyi lagu apa ni? Stacy kebingungan.

“Ha. Memang tak sia-sia ada ‘KAWAN’ macam ni. Saya sungguh terharu Stacy. Hahahah” Tengku Akim ketawa memerli Stacy yang berdiri di sebelahnya. Dah di kecewakan pun gigih nak menyanyi. Memang tak tau malu bisik hatinya tanpa mengetahui apa sebenarnya yang bermain di fikiran Stacy sebenarnya.

“Dipersilakan Stacy dengan lagunya. PELAMIN ANGANKU MUSNAH” Ujar Tengku akim sambil menahan tawa. Seluruh dewan riuh dengan tawa. Wajah Satacy merona merah.

“Kau ingat aku nak percaya kat kau macam tu je ke Akim? Nubhan tak mungkin nak buat aku macam ni melainkan terpaksa!.” Bisiknya geram. Tengku Akim merenung Stacy tajam. Hatinya geram dengan kata-kata Stacy. Tidak sangka begitu sekali kepercayaan Stacy terhadap abang tirinya itu. Ternyata tidak mudah unutk menipu gadis itu. Dia perlu merancang rancangan baru. Tengku Akim terus berlalu meninggalkan Stacy di atas pentas.

“Terimalah daripada saya, You Belong with Me.” Stacy menatap wajah Tengku Nubhan yang tidak lepas memandangnya. Dia percaya Nubhan masih sayangkannya dan pertunangan itu adalah sesuatu di luar jangkaan pemuda itu. Stacy tersenyum.

Tengku Nubhan tersenyum lega. Gadis itu percaya kepadanya. Stacy ternyata jauh lebih baik daripada Tengku Lufya yang baginya saling tidak tumpah seperti bonda tirinya. Dia tidak mungkin akan melepaskan gadis bernama Stacy itu sewenang-wenangnya hanya kerana di paksa bersama Lufya. Tidak sama sekali!

Stacy mengambil mic dan duduk bersama gitar yang telah disediakan. Dia bersedia untuk menyanyi. Dia mula memetik gitar

You're on the phone with your girlfriend, She's upset
She's going off about something that you said
She doesn’t get your humour like I do

I'm in the room, its a typical Tuesday night
I'm listening to the kind of music she doesnt like
And she'll never know your story like I do

But she wears short skirts, I wear t-shirts
She's cheer captain and I'm on the bleachers
Dreaming bout the day when you wake up and find
That what you're lookin for has been here the whole time


If you could see that I'm the one who understands you
Been here all along so why can't you see?
You belong with me
You belong with me

Matanya merenung tajam ke arah Tengku Lufya yang ternyata terkejut dengan lagu nyanyiannya. Memang Tengku Lufya tidak mengetahui bahawa Tengku Nubhan sudah mendapat apa yang diinginkan dan orang itu bukan Tengku Lufya. Stacy tersenyum manis kepada Tengku Nubhan. Dia sengaja mencabar Tengku Lufya. Jika tadi kerabat diraja itu memalukannya, kini masanya untuk dia membalas.


Walkin the streets with you in your worn out jeans
I cant help thinking this is how it ought to be
Laughing on the park bench thinkin to myself
Hey isnt this easy?

And you've got a smile that could light up this whole town
I havent seen it in awhile, since she brought you down
You say you find I know you better than that
Hey, Whatcha doing with a girl like that?

Stacy tersenyum sinis kepada Tengku Lufya yang menjegilkan mata kearahnya manakala wajah Permasisuri Tiara pula mula merona merah. Para tetamu yang merupakan kerabat diraja itu mula memahami lagu yang dinyanyikannya ditujukan kepada Tengku Lufya dan Tengku Nubhan. Stacy kembali menatap wajah Tengku Nubhan.


She wears high heels, I wear sneakers
She's cheer captain and I'm on the bleachers
Dreaming bout the day when you wake up and find
That what you're looking for has been here the whole time

If you could see that I'm the one who understands you
Been here all along so why can't you see?
You belong with me

Standin by, waiting at your back door
All this time how could you not know that?
You belong with me
You belong with me

Stacy mengenyitkan matanya nakal kearah Tengku Nubhan yang ternyata sengan dengan nyanyiannya.


Oh I remember you driving to my house in the middle of the night
I'm the one who makes you laugh when you know you're about to cry
I know your favorite songs and you tell me about your dreams
I think I know where you belong. I think I know it's with me.

Tengku Lufya menjeling tajam kearahnya. Gadis itu dah melampau desis hatinya. Mama dan papanya merenung kearahnya tajam. Ternayata pengumuman pertunangan itu di luar pengetahuan dan persetujuan papanya. Dia sendiri yang memberi persetujuan kepada Permaisuri Tiara. Kini, dia terpaksa menahan malu di hadapan ramai tetamu diraja kerana lagu nyanyian gadis kecil itu. Yang terang-terang menyatakan Nubhan milik Stacy.


Can't you see that I'm the one who understands you?
Been here all along so why can't you see?
You belong with me

Standing by or waiting at your back door
All this time how could you not know that
You belong with me
You belong with me

Have you ever thought just maybe
You belong with me
You belong with me

Tepukan gemuruh menyelubungi dewan sebaik sahaja Stacy selesai membuat persembahan. Tengku Nubhan menghampirinya. Dia memberikan senyuman manis. Sengaja unutk menyakitkan hati musuh yang baru dikenalinya itu. Tidak menyangka kehadirannya ke majlis pada hari itu adalah sebagai bahan untuk mengenakan Tengku Nubhan dan secara tidak langsung dia menjadia bahan jenaka kepada kerabat diraja itu.

Tengku Nubhan mengambil sekuntum mawar putih dan menghadiahkannya kepada Stacy. Dia berbangga dengan keberanian kekasih hatinya itu memerli Permaisuri Tiara dan Tengku Lufya walhal dia baru mengenalinya. Ternyata pakaian Lufya yang mengenakan skirt pendek dan kasut tumit tinggi menjadi bahan untuk gadis comel itu membalas balik segala cemuhan yang dilemparkan kepadanya oleh tetamu yang hadir hanya kerana malam itu dia memakai t-shirt, jeans dan sneakers.

“Saya tak sangka awak sanggup buat saya macam ni. Awak rahsiakan banyak perkara dalam diri awak.” Bisik Stacy perlahan. Dia tidak begitu marah apabila mendengar alasan Tengku Riz, tetapi sengaja ingin mengenakan pemuda di hadapannya itu. Sekali sekala merajuk dia apa salahnya.

Tengku Nubhan terpempan. Sangkanya gadis itu akan memahaminya. Riz tak bagi tahu dia ke pertunangan ini di luar pengetahuannya? Kalau pasal status tu mesti gadis ini boleh memahaminya. Dia mula gabra. Merajukkah Stacy.

Stacy menyambut huluran bunga ros daripada Tengku Nubhan dan berlalu menuju ke pintu dapur. Dia ingin keluar dari situ. Tidak betah berlama.

No comments: