Sunday, January 10, 2010

Seadanya Aku- Part 11

Tup-tap tup-tap.....kini hanya tinggal sebulan sahaja lagi calon-calon pelajar SPM akan menduduki ‘major’ peperiksaan. Tengku Nubhan dan Tengku Riz semakin sibuk menelaah pelajaran, baik di kelas mahupun di dewan makan. Kemana sahaja mereka pergi pasti ada buku yang menemani mereka. Jawatan ‘headboy’ sudah dilepaskan kepada Mohammad Hafiz yang merupakan pemimpin pilihan dan telah dipersetujui badan kepimpinan serta para guru. Hal ini secara tidak langsung,mengetepikan tengku akim sebagai bakal ketua pelajar setelah kalah tipis beberapa undian dan meletakkannya sebagai naib ketua pelajar. Harapnya selepas ini segala tanggungjawab yang dilakukan olehnya sebelum ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh Hafiz. Salah seorang genius RMC yang sentiasa disenangi oleh semua orang.

Bahkan tidak keterlaluan jika dia merasakan lebih senang bersama Hafiz berbanding adindanya sendiri. Hafiz lebih mudah diajar berbanding Akim yang lebih gemar membantahnya. Walaupun dia tidak sebulu dengan adindanya itu namun dia masih lagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang abang dengan menjaga adiknya itu sepnajang berada di RMC. Segala kesulitan yang dihadapi Akim akan cuba diselesaikan meskipun Akim akan sedaya upaya mengelak daripada menerima bantuannya. Tengku Nubhan tidak akan pernah sesekali melupakan amanat ayahandanya yang mahu dia sentiasa menjaga dan membantu adik tirinya itu. dia akur akan perintah itu dan melakukannya dengan rela hati. Dia sudah menganggap Tengku Akim seperti adik kandungnya sendiri.

“Nubh, bonda dan ayahanda kau datang. Diorang ada kat dewan. Pergi la cepat” Ujar Tengku Riz sebaik sahaja mendapatkan Tengku Nubhan yang menelaah di perpustakaan. Tengku Nubhan bingkas bangun. Sudah agak lama juga dia tidak bertemu dengan mereka. Dia bergegas menuju ke dewan. Sebaik sahaja sampai dia melihat Tengku Akim sudah ada bersama ayahanda dan bonda tirinya itu.

“Ayahanda. Bonda” tegur Tengku Nubhan sebauk sahaja menghampiri ayahanda dan bonda tirinya itu. Mereka bersalaman. Tengku Nubhan memeluk ayahandanya erat. Sungguh dia merindui ayanhandanya itu. Tengku Akim sekadar memerhati. Dia menjeling kearah bondanya. Masing-masing meluat melihat kedua beranak itu.

“So macam mana preparation untuk exam next month? Ingat jangan hampakan ayah” Ujar Sultan Adlin sebaik sahaja mereka duduk di Restoran Pelita. Hari ini adik tirinya itu tiba-tiba meminta unutk makan nasi beriani pula. Dia tahuTengku Akim agak manja jadi mereka turutkan sahaja kehendaknya. Tambahan pula peluang untuk keluar seperti ini bukan datang selalu. Nasib baik minggu ini pelajar dibenarkan ‘outing’.

“okay yah. Sekarang ni Nubhan lebih banyak buat latih tubi. Tengok soalan-soalan past year. Insyaallah Nubhan tak kan hampakan ayah dan bonda. Lagipun inikan masa depan Nubhan..” balas Tengku Nubhan tenang. Tengku Akim yang duduk dihadapannya sedang enak menikmati nasi beriani.

************************************************************************************************************

“Stacy!” jerit Nubhan tiba-tiba. Dia tersenyum. Tidak sangka akan bertemu dengan gadis itu di restoran yang sama. Sultan Adlin berpaling melihat gadis yang dipanggil oleh anaknya itu begitu juga Permaisuri Tiara dan Tengku Akim. Permaisuri Tiara merenung Stacy tajam.

Tengku Nubhan kaget apabila melihat bonda tirinya meluru kearah Stacy. Pantas dia mengejar bonda tirinya itu cuba menahan. Tengku Akim tersenyum sinis. Tahu pula kau takut gelak hatinya.

“Permaisuri. Kita pergi sekarang. Karang lambat pula sampai ke sekolah Tengku Akim” Ujar Tengku Nubhan pantas. Dia mula menyedari kesilapannya memanggil gadis itu. Sultan Adlin memandang anaknya pelik. Permainan apakah yang cuba dimain oleh anaknya itu. mengapa pula anaknya memanggil isterinya permaisuri?

Stacy memandang Nubhan pelik. Dia baru sahaja ingin berjumpa dengan pemuda itu. Namun belum sempat dia bertemu, Nubhan sudah mengajak wanita itu pulang. Siapa wanita yang dipanggil permaisuri itu dan mengapa wanita itu merenungnya tajam? Perasaan ingin tahu menyelubungi gadis itu. Stacy meneruskan langkah mengampiri Nubhan yang cuba melarikan diri daripadanya. Dia perlu tahu. Nadia di sebelahnya suadah mula kaget. Dia kenal wanita yang dipanggil permaisuri olrh Nubhan itu. Wanita itulah yang mengherdiknya tempoh hari. Dia cuba menghalang rakannya itu namun Stacy sudah dahulu mengejar Nubhan.

“Ayah masuk dahulu, Nubhan terangkan kemudian”Bisik Nubhan kepada Sultan Adlin sebaik sahaja bonda dan Tengku Akim memasuki kereta. Sultan Adlin mengangguk walaupun hatinya teruja unutk mengenali siapa gadis yang dsebut oleh anaknya tadi. Dia sempat tersenyum kearah Stacy yang semakin menghampiri Tengku Nubhan. Pasti ada sebab anaknya itu merahsiakan statusnya sebagai anak raja. Dia memasuki kereta dan menutup pintu. Member ruang kepada anakya itu. Permaisuri Tiara menjeling tidak puas hati. Tengku Akim pula berlagak selamba. Perihal Stacy akan diceritakan kepada bondanya kelak. Selepas abang tirinya itu benar-benar menyayangi gadis itu.

Tengku Nubhan menuju kearah Stacy dan pantas menarik Stacy jauh daripada kereta. Stacy tersentak dengan tindakan Nubhan. Namun dia menurut langkah lelaki itu yang semakin jauh dari kereta yang dimasuki oleh wanita yang merenungnya tadi. Apa hubungan Nubhan dengan wanita itu? hatinya berdetik. Nubhan melepaskan tangan Stacy lembut. Dia tersenyum. Sedar gadis dihadapannya itu pasti bingung.

“Siapa dia?” tanya Stacy sebaik sahaja matanya merenung mata Nubhan.

“kenapa? Jeles ek?” Balas Tengku NUbhan mengusik. Sungguh dia rindu untuk membuli gadis itu. Gemar melihat wajah bengang Stacy. cute!

“Buat apa nak jeles? Saya bukan sesiapa unutk awak” Ujar Stacy tegas. Tengku Nubhan tersentak. Hatinya sudah diketuk oleh gadis itu.

“Awak memang sesiapa untuk saya”Tengku Nubhan merenung mata Stacy. Stacy mula resah. Tewas dengan panahan mata lelaki itu. Jantungnya berdebar.

Dari dalam kereta Permaisuri Tiara mengawasi gerak geri Tengku Nubhan dan gadis yang bernama Stacy itu. dia cuba menilai sejauh mana keakraban anak tirinya itu dengan gadis tersebut.

“Aaa? Er.. saya lapar la. Datang nak makan sebenarnya.”Stacy gugup. Sesiapa? Apa maksud Nubhan? Cinta. Sayang. Kasih? Dia tidak pasti. Cepat diketepikan perasaan yang mula menyelubungi dirinya itu. janjinya dengan orang tuanya harus ditepati. Dia akan menumpukan pelajarannya dahulu. Walaupun orang tuanya tidak menghalangnya berkawan, namun jika dia hanyut dalam dunia yang diciptanya sendiri kelak dia akan menghancurkan hati orang tuanya.

Nubhan tersenyum. Sedar Stacy cuba mengalih topic. Ada rasa sesuatu dihatinya apabila melihat gelagat Stacy yang gugup dihadapannya. Adakah Stacy rasa apa yang dirasakan olehnya sejak akhir-akhir ini? Dia tidak pasti. Apa yang dia tahu ada rasa kasih yang terbit di hatinya unutk gadis itu. sebagai kawan mungkin ataupun kekasih?

“pergilah. Saya dah makan tadi. “ Ujar Nubhan. Dia berpaling untuk berlalu. Tidak betah berlama disitu. Sedar ada mata yang memerhati.

“Okay. Er.. Good Luck!” Stacy memberi sokongan kepada Nubhan.

“Thanks. Belajar rajin-rajin ye. Mana tau dapat masuk U yang smaa dengan saya nanti” Ujar Tengku Nubhan dan terus berlalu. Perasaan kasihnya terhadap gadis itu dipendam sahaja. Gerun juga melihat renungan bonda tirinya tadi. Bondanya tidak perlu tahu tentang perasaannya yang mula terbit untuk Stacy. Dia tahu jodohnya juga sudah ditetapkan oleh bonda tirinya itu. Namun dibiarkan sahaja. Dia menuju kereta yang setia menunggu sejak tadi.

************************************************************************************************************

“Siapa dia?” tanya Permaisuri Tiara sebaik sahaja Tengku Nubhan menutup pintu kereta. Tengku Akim tersenyum sinis.

“Kawan”balas tengku Nubhan sepatah. Dikerlingnya Sultan Adlin yang tersenyum kepadanya. Hatinya lega. Ayahandanya tidak pernah kisah dengan siapa dia mahu berkawan. Bagi Sultan Adlin dengan siapa anaknya itu berkawan dia tidak kisah asalkan anaknya itu tahu menjaga nama keluarga mereka.

“bonda bukan apa Nubhan, bonda tak mahu kamu leka dengan perempuan yang tidak diketahui asal usulnya itu. Entah baik atau tidak keturunannya kita tidak tahu”Permaisuri Tiara berlembut. Hatinya geram melihat suaminya yang tidak kisah dengan hubungan anaknya itu. dia tahu suaminya itu bersikap terbuka. Namun baginya darjatnya dengan orang biasa adalah berbeza dan mereka tidak harus disamakan.

“Sudahla tu. Nubhan sekadar berkawan. Biarlah. Asalkan dia tak lupakan pelajarannya dan tidakmenconteng arang ke muka kita sudah. Dengan siapa dia akan bersama di kemudian hari pun biar dia yang tentukan. Saya tak mahu menjadi ‘control freak’ yang akhirnya akan merosakkan anak kita sahaja” Sultan Adlin berdiplomasi. Tengku Akim pula memandang bondanya yang mula menarik muka. Akhirnya Permaisuri Tiara diam. Hatinya mendidih melihat suaminya yang menyokong anak tirinya itu. Dia akan pastikan Tengku Nubhan berkahwin dengan anak saudaranya Tengku Lufya. Anak raja haruslah berkahwin dengan orang yang berketurunan raja juga. Mereka tidak pantas berkahwin dengan orang kebanyakan. Status mereka berbeza! Dia gembira apabila anaknya, Tengku Akim mempunyai pendapat yang sama dengannya malahan sikap Tengku Akim saling tidak tumpah sepertinya. Ia memudahkan kerjanya untuk memastikan takhta kerajaan Inderapura jatuh ke tangan mereka.

No comments: